Timbalan Ketua AMK Perak terajui syarikat senarai awam

ASHRAF
ASHRAF
A
A
A

IPOH - Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Ashraf Kahasani dilantik sebagai pengarah bebas sebuah syarikat senarai awam, CN Asia Corporation Berhad.

Menerusi pengumuman oleh Bursa Malaysia, Ashraf, 31, dilantik menerajui jawatan tersebut berkuat kuasa pada 29 Mac 2024.

Beliau menggantikan William H Van Vliet III, 58, merupakan warganegara Amerika Syarikat yang melepaskan jawatan itu pada 13 Mac 2024.

Berkelulusan Diploma Pentadbiran Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ashraf juga merupakan Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta selain Ketua AMK Cabang Tambun.

Menurut Bursa Malaysia, Ashraf mempunyai pengalaman kerja sebagai Penolong Pengurus Syarikat Imtiyaz Resources, Pengarah Urusan

Saujana Majestik Sdn Bhd, Pengurus Projek Panglima Handalan Sdn Bhd dan Pengurus Projek Megah Kotajaya Sdn Bhd.

CN Asia merupakan sebuah syarikat pemegang pelaburan milikan penuh Chip Ngai Engineering Works Sdn Bhd yang terlibat dalam pembuatan dan penjualan tangki, vesel serta kapal tangki untuk pelbagai industri seperti minyak, gas, kimia, pembetungan, makanan, pembinaan dan lain lain.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28