Jenazah Nur Dinie Damia selamat dikebumikan

Muhammad Noor Amin (baju biru) bersama isterinya menyiram air di pusara Nur Dinie
Muhammad Noor Amin (baju biru) bersama isterinya menyiram air di pusara Nur Dinie
A
A
A

PONTIAN - Jenazah Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain yang meninggal dunia pada jam 10.41 malam tadi disyaki akibat jangkitan Influenza A selamat dikebumikan kira-kira jam 10.15 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Parit Haji Siraj Darat, Kampung Kayu Ara Pasong di sini.

Murid Tahun Satu berkenaan sebelum ini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Terdahulu, solat jenazah dilakukan di rumah datuknya di Kampung Parit Sirat sebelum diiringi kedua ibu bapanya Muhammad Noor Ain Dahalan, 38 dan Nur Azlina Ahmad, 34, ke tanah perkuburan.

Sinar Harian yang berada di lokasi berkenaan juga mendapati kira-kira 100 ahli keluarga dan saudara terdekat turut hadir mengiringi jenazah kanak-kanak itu buat kali terakhir.

Bagaimanapun, usaha pemberita untuk mendapatkan komen daripada ahli keluarga tidak berjaya kerana ibu bapa kanak-kanak itu enggan mengulas lanjut mengenai kematian berkenaan.

Sinar Harian semalam melaporkan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal memberitahu, dakwaan mengenai kanak-kanak itu yang terjejas akibat wabak Influenza A tidak benar dan dibuktikan melalui ujian pengesahan Polymerase Chain Reaction (PCR).

Menurutnya, ujian dilakukan di HSA mendapati Nur Dinie Damia negatif Influenza A tetapi mengalami masalah kegagalan buah pinggang dan hati.

ARTIKEL BERKAITAN Nur Dinie Damia sudah tiada

Murid Tahun Satu dijangkiti Influenza A kritikal

Artikel Berkaitan: