Tiada catuan air di Johor - MB

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, syarikat pembekal air, Johor Ranhill SAJ Sdn Bhd diarah untuk membuat persiapan bagi menangani isu kekurangan bekalan air di beberapa daerah di negeri ini.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, syarikat pembekal air, Johor Ranhill SAJ Sdn Bhd diarah untuk membuat persiapan bagi menangani isu kekurangan bekalan air di beberapa daerah di negeri ini.
A
A
A

PONTIAN - Tiada catuan air akan dilaksanakan di Johor, meskipun berlaku penyusutan bekalan air di tiga empangan utama susulan cuaca panas ketika ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri sudah mempunyai perancangan bagi memastikan bekalan air mencukupi sepanjang Aidilfitri.

Katanya, syarikat pembekal air Johor, Ranhill SAJ Sdn Bhd telah diarah mengatasi isu berkenaan termasuk bersiap sedia dengan lori tangki air dan tangki air statik.

"Bukan catuan air sebaliknya langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan kesan penggunaan yang tinggi ketika Aidilfitri kali ini. Penggunaan air yang tinggi akan memberi kesan tekanan air yang rendah di beberapa kawasan.

"Dari segi Ops Aidilfitri, Ranhill SAJ Sdn Bhd gerakkan 27 lori tangki dan 294 tangki statik ke setiap daerah. Ia sebagai persiapan awal berdepan tekanan air yang rendah. Maklumlah, semua balik kampung," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Jelajah Jualan Kasih dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri di Dataran Datuk Jalok, Benut pada Jumaat.

Ketika ditanya mengenai pembenihan awan, Onn Hafiz berkata, perkara tersebut ada dibincangkan namun kerajaan negeri kini lebih fokus terhadap isu tekanan air.

"Kita telah bincangkan (mengenai pembenihan awan) tetapi lebih mudah supaya menggerakkan tangki-tangki sebab masalah sekarang melibatkan tekanan air.

Artikel Berkaitan:

"Jika hujan tetapi tekanan air kurang disebabkan penggunaan yang begitu tinggi, ia tetap akan menjadi masalah kepada rakyat. Sebab itu, tangki-tangki statik ini digerakan lebih awal," jelasnya.

Paras takungan air di tiga empangan di Johor dilaporkan menghampiri paras kritikal berikutan cuaca panas sejak bulan lalu.

Tiga empangan iaitu Empangan Sembrong di Ayer Hitam, Empangan Bekok di Segamat dan Empangan Machap di Simpang Renggam hanya mampu bertahan sehingga 55 hari sekiranya tiada hujan sehingga 30 April ini.

Onn Hafiz (tiga dari kiri) melancarkan Jelajah Jualan Kasih di Dataran Datuk Jalok Benut, Pontian pada Jumaat.
Onn Hafiz (tiga dari kiri) melancarkan Jelajah Jualan Kasih di Dataran Datuk Jalok Benut, Pontian pada Jumaat.

Bagaimanapun 13 empangan lain di negeri itu masih berada pada tahap terkawal dan langkah penggunaan air secara optimum diaktifkan.

Antara langkah yang akan dan sedang diambil ialah inisiatif pengolahan Sistem Bekalan Air Loji Rawatan Air (LRA) Layang 2 yang mula beroperasi dan akan menyelesaikan masalah bekalan air di sekitar kawasan Kempas, Bukit Indah dan Pandan.

Selain itu pemasangan pam penggalak di tangki Mengkibol, pengoperasian 'Inline Injection' dengan menggunakan lori tangki berkapasiti 42 hingga 45 tan sebagai bekalan air tambahan melalui pili bomba turut dijalankan.

Projek menaik taraf sistem agihan pemasangan paip mild steel Bersaiz 450 dan 500 milimeter sepanjang 1.4 kilometer ke tangki Layang-Layang dan juga cadangan alternatif pam Poonton di empangan Sembrong Barat untuk abstrak air mentah ke LRA Sembrong Barat akan dilakukan bagi meningkatkan pengeluaran air terawat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!