PM terima kunjungan hormat Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia

Anwar menerima kunjungan hormat daripada duta-duta baharu yang bakal memulakan tugasan di Korea Selatan, Perancis, Kemboja dan Nigeria di Putrajaya pagi Selasa. Foto FB Anwar Ibrahim
Anwar menerima kunjungan hormat daripada duta-duta baharu yang bakal memulakan tugasan di Korea Selatan, Perancis, Kemboja dan Nigeria di Putrajaya pagi Selasa. Foto FB Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia yang baharu dilantik dalam mengangkat aspirasi, imej dan reputasi negara ke peringkat tertinggi di persada antarabangsa.

Menerusi catatan di laman Facebook hari ini, Anwar berkata, beliau menerima kunjungan hormat daripada duta-duta baharu yang bakal memulakan tugasan di Korea Selatan, Perancis, Kemboja dan Nigeria di Putrajaya pagi Selasa.

Beliau berkata, antara perkara yang disentuh dalam pertemuan itu ialah soal dan kedudukan geopolitik melibatkan Malaysia serta usaha menarik pelaburan asing yang berkualiti dan berimpak tinggi.

Perdana Menteri turut menyentuh keutamaan kerajaan buat masa ini ialah mempersiap negara ke arah Kepengerusian ASEAN pada 2025.

Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara yang baharu dilantik ialah Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan Datuk Mohd Zamruni Khalid, Duta Besar Malaysia ke Perancis Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim, Duta Besar Malaysia ke Kemboja Shaharuddin Onn dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Nigeria Aiyub Omar. - Bernama

Artikel Berkaitan: