X

Kindly register in order to view this article
!

Kuwait uji taring Harimau Malaya

Skuad Harimau Malaya bakal diuji Kuwait pada aksi persahabatan di Bukit Jalil pada awal Jun depan. - Foto Football Association of Malaysia (Official)
A
A

PASUKAN ranking ke-147 dunia, Kuwait bakal menguji skuad Harimau Malaya pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada awal Jun depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata, perlawanan pemanas badan itu sebahagian persiapan skuad kebangsaan sebelum berhadapan Thailand pada aksi Pusingan Kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Bangkok pada 9 Jun depan.

“Kami baru sahaja mendapat pengesahan daripada Kuwait, yang bersetuju untuk mengadakan aksi persahabatan menentang skuad kebangsaan pada Jun nanti.

"Saya melihat ia satu peluang terbaik kepada jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menilai persediaan para pemain kita, sebelum berlepas ke Bangkok nanti,” katanya hari ini.

Skuad Harimau Malaya bakal diuji Kuwait pada aksi persahabatan di Bukit Jalil pada awal Jun depan. - Foto Football Association of Malaysia (Official)
Skuad Harimau Malaya bakal diuji Kuwait pada aksi persahabatan di Bukit Jalil pada awal Jun depan. - Foto Football Association of Malaysia (Official)

Stuart sebelum ini mengesahkan juara Piala Negara Teluk 2019, Bahrain juga bersetuju untuk mengadakan aksi pemanas badan dengan Malaysia di Bukit Jalil pada awal Mac depan.

Perlawanan berkenaan medan persediaan skuad Harimau Malaya sebelum berhadapan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Dunia 2023 di tempat lawan pada 26 Mac depan.

Skuad kebangsaan akan meneruskan aksi pusingan kelayakan menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, selang lima hari kemudian.

Malaysia kini menduduki tempat kedua Kumpulan G pusingan kedua kelayakan dengan kutipan sembilan mata selepas lima perlawanan dan mereka berpeluang cerah ke pusingan akhir Piala Asia 2023 di China sekiranya mencatat keputusan positif dalam baki tiga perlawanan.

Kali terakhir Malaysia layak ke pusingan akhir Piala Asia adalah pada edisi 2007 selaku tuan rumah bersama tiga negara ASEAN yang lain iaitu Indonesia, Thailand dan Vietnam. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!