Selepas Baltimore, jambatan Sungai Arkansas pula dirempuh

Sebuah baj melanggar sebuah jambatan di Oklahoma, Amerika Syarikat.
Sebuah baj melanggar sebuah jambatan di Oklahoma, Amerika Syarikat.
A
A
A

MOSCOW - Sebuah baj melanggar sebuah jambatan di Oklahoma, Amerika Syarikat, lapor Sputnik.

"US-59 selatan Sallisaw di Kerr Reservoir ditutup sepenuhnya pada masa ini selepas sebuah baj melanggar jambatan itu. Polis sedang melencongkan lalu lintas dari kawasan itu. Jambatan itu akan ditutup sehingga pemeriksaan dibuat,” kata agensi itu di laman X (Twitter) pada Sabtu.

Kemudian Jabatan Pengangkutan Oklahoma berkata, jambatan itu dibuka semula selepas jurutera memeriksa strukturnya.

Selasa lepas, sebuah kapal kontena berdaftar di Singapura melanggar Jambatan Francis Scott Key di Baltimore sejurus ia mula belayar ke Colombo, Sri Lanka.

Jambatan itu runtuh dan mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang pekerja pembinaan di atas jambatan itu terjatuh ke dalam sungai dan polis tempatan memberitahu sidang akhbar pada Rabu dua mayat berjaya ditemukan.

Laluan kapal di Pelabuhan Baltimore ditutup sehingga diberitahu selepas jambatan itu runtuh. - Bernama

Artikel Berkaitan: