Jurukimpal rentung, rakan melecur

Mayat mangsa ditemukan rentung di bahagian tepi bengkel pembuatan jeriji besi yang terbakar di Taman Teknologi Cheng pagi tadi.
Mayat mangsa ditemukan rentung di bahagian tepi bengkel pembuatan jeriji besi yang terbakar di Taman Teknologi Cheng pagi tadi.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Seorang jurukimpal warga Myanmar rentung manakala rakannya warga tempatan melecur apabila sebuah bengkel pembuatan jeriji besi terbakar di Taman Teknologi Cheng (TCC) di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Zulkifli Nordin berkata, sebanyak dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu dan Ayer Keroh digerakkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 9.02 pagi.

Menurutnya, bengkel terletak di lot tepi kawasan itu didapati terbakar dipercayai akibat letupan ketika mangsa berusia 38 tahun bersama rakannya berusia 28 tahun sedang menjalankan kerja-kerja kimpalan.

"Rakan mangsa yang melecur 90 peratus di badan berjaya diselamatkan.

"Mayat mangsa yang rentung dapat dikeluarkan setelah operasi tamat jam 10.58 pagi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkifli berkata, dalam kejadian sama, seorang wanita berusia 23 tahun iaitu isteri kepada lelaki warga Myanmar tersebut dipercayai turut cedera ringan apabila wanita yang juga warga Myanmar itu ke bengkel terbabit selepas mendapat maklumat tempat kerja suaminya terbakar.

"Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: