Bua Loy indah dilihat, enak dimakan

Nur Nadira menunjukkan Bua Loy yang siap untuk dinikmati.
Nur Nadira menunjukkan Bua Loy yang siap untuk dinikmati.
A
A
A

KOTA BHARU - Tidak lengkap berbuka puasa jika tiada pencuci mulut yang dianggap ‘penutup’ setelah menikmati hidangan berat.

Terdapat pelbagai jenis juadah boleh dinikmati, namun jika ingin melegakan tekak dengan rasa manis-manis berlemak, Bua Loy sesuai dijadikan pilihan.

Seorang peniaga, Nur Nadira Mohd Nasir, 25, berkata, Bua Loy ialah makanan dalam kalangan penduduk kampung di wilayah Yala, Patani dan Narathirawat, Thailand.

Proses membentuk Bua Loy menjadi bunga dilakukan Nur Nadira (tengah) bersama dua pekerjanya.
Proses membentuk Bua Loy menjadi bunga dilakukan Nur Nadira (tengah) bersama dua pekerjanya.

“Pencuci mulut ini baru mula dikenali di negeri-negeri lain di Thailand dan saya bawa ke bazar Ramadan di Stadium Sultan Muhammad IV kali ini untuk dirasai penduduk di Kelantan. Tak perlu lagi ke Thailand jika ingin menikmatinya.

“Sebenarnya rasa Bua Loy tidaklah terlalu kompleks dan hampir sama dengan pencuci mulut yang terdapat di negara kita seperti butir nangka, namun sedikit berbeza kerana kuahnya tidak dicampur halba, sebaliknya dimakan dengan isi kelapa muda atau isi nangka ranum,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Wakaf Che Yeh di sini pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Nur Nadira menghasilkan Bua Loy berbentuk bunga berwarna merah jambu, biru muda dan kuning cair.
Nur Nadira menghasilkan Bua Loy berbentuk bunga berwarna merah jambu, biru muda dan kuning cair.

Menurut ibu dua cahaya mata itu, Bua Loy dihasilkan menggunakan tepung beras pulut, digaul dengan sedikit tepung ubi yang dibentuk menjadi doh bulat sebesar guli.

Katanya, sebahagian doh dimasukkan pewarna hijau pandan, manakala selebihnya dibiarkan putih sebelum direbus.

Bagaimanapun, menurut Nur Nadira, dia mengolah doh asal dengan menukar warna biji Bua Loy kepada merah jambu, biru muda dan kuning cair menggunakan pewarna masakan serta mencampurkan sedikit garam dan gula sebelum mencantumkannya menjadi bentuk bunga-bunga yang comel.

“Pada asalnya saya pernah menikmati Bua Loy ketika berkunjung ke Thailand sebelum ini dan tiba-tiba teringin untuk menikmatinya pada 1 Ramadan lalu sebelum mengetahui saya mengandung sebulan.

Bua Loy enak dimakan ketika sejuk atau bersama ais.
Bua Loy enak dimakan ketika sejuk atau bersama ais.

“Doh bunga-bunga yang sudah siap direbus kemudian akan dimasak sekali lagi bersama kuah santan dan daun pandan serta dimasukkan isi kelapa muda atau nangka,” katanya.

Tambahnya, isi kelapa muda atau nangka tidak boleh dicampurkan bersama kerana akan mengganggu atau menghilangkan rasa asli Bua Loy.

“Jadi, Bua Loy saya ini memang ada dua versi iaitu isi kelapa muda dan satu lagi isi nangka.

Nur Nadira memasukkan isi kelapa ke dalam kuah santan Bua Loy yang dihasilkannya.
Nur Nadira memasukkan isi kelapa ke dalam kuah santan Bua Loy yang dihasilkannya.

“Bua Loy isi kelapa muda menjadi pilihan peribadi dan kegemaran saya kerana baunya tidaklah sekuat bau Bua Loy yang dicampurkan dengan isi nangka, selain sangat enak dimakan ketika sejuk atau ditambah ais,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28