Sultan Selangor rasmi masjid, berbuka bersama rakyat di Klang

Sultan Sharafuddin berkenan berangkat merasmikan Masjid Kota Kemuning pada Khamis.
Sultan Sharafuddin berkenan berangkat merasmikan Masjid Kota Kemuning pada Khamis.
A
A
A

KLANG - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat merasmikan Masjid Kota Kemuning di sini pada Khamis.

Ketibaan baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin disambut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim.

Turut hadir, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri, Dr Mohammad Fahmi Ngah; Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Sultan Sharafuddin turut berkenan berbuka puasa bersama rakyat dan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 476 penerima.
Sultan Sharafuddin turut berkenan berbuka puasa bersama rakyat dan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 476 penerima.

Sultan Sharafuddin turut berkenan berbuka puasa bersama rakyat dan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 476 penerima terdiri daripada golongan asnaf, fakir miskin dan mualaf bagi daerah Klang dengan jumlah keseluruhan RM238,000.

Baginda juga berkenan melafazkan titah perasmian Masjid Kota Kemuning sebelum menandatangani plak perasmian bagi menyempurnakan acara itu.

Sebagai rekod, pembinaan Masjid Kota Kemuning mula dijalankan pada 2017, namun lewat disiapkan mengikut perancangan asal kerana kesan daripada pandemik Covid-19.

Masjid bernilai RM18 juta itu akhirnya siap dibina pada November 2022 di dalam kawasan seluas kira-kira dua hektar dan mampu memuatkan sehingga 4,000 jemaah dalam satu-satu masa.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28