Nuzul Al-Quran

No Image Caption
A
A
A
Seramai 61 orang pelajar Pondok Moden Al-Abaqirah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Batu Caves menjalankan aktiviti bertadarus dan khatam Al-Quran bagi mengimarahkan sambutan Nuzul Al-Quran hari ini. Nuzul Al-Quran yang jatuh pada hari ke-17 Ramadan merupakan peristiwa yang disambut seluruh umat Islam bagi memperingati peristiwa turunnya kitab suci Al-Quran, yang dibawa Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira. - Foto: Bernama