Berbaloikah redah beratus kilometer ke tempat kerja?

Laporan Sinar Online mengenai seorang lelaki yang sanggup berulang alik 270km setiap hari ke tempat kerja.
Laporan Sinar Online mengenai seorang lelaki yang sanggup berulang alik 270km setiap hari ke tempat kerja.
A
A
A

HENDAK seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

Itulah peribahasa yang boleh digunakan untuk menggambarkan kegigihan seorang lelaki apabila sanggup meredah perjalanan beratus kilometer untuk ke tempat kerja demi menyara keluarga.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan, seorang suami sanggup menempuh perjalanan sejauh 270 kilometer (KM) setiap hari untuk bekerja di ibu kota Kuala Lumpur kerana lebih memilih menetap bersama ahli keluarga di Felda Chemomoi, Pahang.

Ayah kepada tiga orang anak yang hanya mahu dikenali sebagai Reno, 31, berkata, dia mengambil masa sekitar dua jam 30 minit bergantung pada keadaan cuaca.

Menurutnya, jarak perjalanan sehala dari kediamannya adalah 135 km dengan menggunakan jalan pedalaman di kawasan Manchis-Telemong-Karak untuk ke KL.

Bagaimanapun, timbul persoalan adakah sememangnya berbaloi menempuh perjalanan yang jauh ke tempat kerja tersebut dengan pelbagai risiko lain yang perlu ditanggung.

Ini kerana, tempat kerja yang jauh bukan sahaja memenatkan fizikal tetapi ia turut membebankan mental apatah lagi terpaksa berdepan dengan kesesakan lalu lintas.

Sudahlah di tempat kerja kita tertekan, perjalanan berulang alik ke tempat kerja menambah pula tekanan yang sedia ada.

Artikel Berkaitan:

Jangan hanya mengambil kira masa di atas jalan raya tetapi masa untuk pulih kerana keletihan setelah perjalanan yang panjang turut wajar dititikberatkan.

Selain itu, risiko berlakunya kemalangan jalan raya juga mungkin berlaku dan masa yang berkualiti bersama keluarga serta anak-anak turut boleh terjejas

Apa pun, semua itu bergantung atas kesanggupan individu sendiri kerana mungkin tidak semua orang boleh menerima realiti kehidupan begitu dan lebih memilih untuk tinggal berhampiran dengan tempat kerja.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!