360 orang cedera dalam serangan di dewan konsert Moscow

Serangan pengganas pada Jumaat berlaku di Dewan Bandaraya Crocus di bandar Krasnogorsk, Moscow, yang meragut sekurang-kurangnya 139 nyawa.
Serangan pengganas pada Jumaat berlaku di Dewan Bandaraya Crocus di bandar Krasnogorsk, Moscow, yang meragut sekurang-kurangnya 139 nyawa.
A
A
A

ISTANBUL - Bilangan yang cedera dalam serangan pengganas di sebuah dewan konsert di pinggir bandar Moscow minggu lepas meningkat kepada 360 orang, kata pusat Kementerian Kesihatan kepada agensi berita negara itu pada Rabu.

Wakil Pusat Perubatan Bencana Seluruh Rusia berkata, mangsa yang cedera termasuk 11 kanak-kanak, lapor TASS.

Seramai 63 daripada 92 mangsa yang dimasukkan ke hospital sudah dibenarkan pulang manakala rawatan pesakit luar diberikan kepada 205 mangsa yang cedera.

Serangan pengganas pada Jumaat berlaku di Dewan Bandaraya Crocus di bandar Krasnogorsk, Moscow, yang meragut sekurang-kurangnya 139 nyawa.

Jawatankuasa Siasatan berkata, 11 individu, termasuk empat suspek ditahan di wilayah sempadan Bryansk, semasa dalam perjalanan ke Ukraine.

Mahkamah Daerah Basmanny Moscow pada Ahad malam mendakwa empat suspek dengan tuduhan keganasan dan meluluskan penahanan mereka sehingga 22 Mei. - Bernama-Anadolu

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: