Warga emas cedera kereta dihempap pokok kelapa sawit

Wanita warga emas terselamat selepas kereta dipandunya dihempap sebatang pokok kelapa sawit. Foto Penang Kini
Wanita warga emas terselamat selepas kereta dipandunya dihempap sebatang pokok kelapa sawit. Foto Penang Kini
A
A
A

NIBONG TEBAL - Seorang wanita warga emas cedera apabila kereta dipandunya dihempap sebatang pokok kelapa sawit di Jalan Sungai Duri, Sungai Jawi di sini pada petang Selasa.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal, Muhammad Faizal Yusop berkata, mangsa dikenali sebagai Nor A'ini Senapi berusia 65 tahun mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.

Kereta dipandu mangsa remuk teruk akibat dihempap sebatang pokok kelapa sawit dalam kejadian pada Selasa. Foto Penang Kini
Kereta dipandu mangsa remuk teruk akibat dihempap sebatang pokok kelapa sawit dalam kejadian pada Selasa. Foto Penang Kini

"Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.58 petang berhubung kejadian berkenaan lalu bergegas ke lokasi kejadian.

"Ketika tiba di lokasi, sebuah kereta jenis Honda Jazz remuk teruk selepas dihempap sebatang pokok kelapa sawit dipercayai tumbang kerana angin kuat pada petang semalam (Selasa)," katanya.

Kata beliau, mangsa yang cedera telah dibawa keluar oleh orang awam sebelum bomba tiba di lokasi kejadian.

"Kita telah membuat 'size up' dan mengarahkan anggota dengan pakaian peralatan pelindung diri (PPE) lengkap dan peralatan khas untuk melakukan kerja-kerja pemotongan serta pengalihan pokok," katanya.

Artikel Berkaitan: