Mega Bubur Lambuk dimasak serentak di 12 kampus UniKL

Sebahagian daripada pelajar UniKL yang begitu bersemangat mengacau bubur lambuk pada program Mega Bubur Lambuk yang dianjurkan oleh universiti berkenaan, semalam.
Sebahagian daripada pelajar UniKL yang begitu bersemangat mengacau bubur lambuk pada program Mega Bubur Lambuk yang dianjurkan oleh universiti berkenaan, semalam.
A
A
A

BANGI - Buat julung kalinya Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menganjurkan program Mega Bubur Lambuk yang dijalankan secara serentak melibatkan 12 kampusnya seluruh negara pada Isnin.

Pengarah Pusat Pembangunan Pelajarnya, Profesor Madya Dr. Tuan Salwani Salleh berkata, sebanyak 82 kawah bubur lambuk dimasak bermula jam 9 pagi sebelum diedarkan kepada pelajar dan komuniti setempat.

DR TUAN SALWANI
DR TUAN SALWANI

"Aktiviti mengacau bubur lambuk ini merupakan acara tahunan yang wajib dibuat secara gotong-royong bersama kakitangan UniKL, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan alumni.

"Proses penyediaan bahan dilakukan pada Ahad (malam) dan hari ini terus masak. Selepas siap, kita bungkus kemudian edarkan ke balai polis, balai bomba, pusat kesihatan serta pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA) daerah ataupun negeri terdekat," katanya kepada Sinar Harian.

Para pelajar bertungkus lumus membungkus bubur lambuk yang siap dimasak untuk diagihkan kepada komuniti setempat.
Para pelajar bertungkus lumus membungkus bubur lambuk yang siap dimasak untuk diagihkan kepada komuniti setempat.

Artikel Berkaitan:

Menurut Tuan Salwani, penggunaan pucuk midin sebagai salah satu ramuan istimewa menjadikan bubur lambuk di UniKL Malaysia France Institute sedikit berbeza berbanding kampus lain.

Dalam pada itu, Pegawai Alumni, dari Pusat Alumni dan Perkhidmatan Kerjaya UniKL, Nur Azween Zakaria memaklumkan, penglibatan daripada alumni dalam program tersebut dapat mengeratkan lagi ukhwah mereka bersama mantan pensyarah dan pelajar baharu.

NUR AZWEEN
NUR AZWEEN

Tambahnya, pihak alumni turut memberikan sumbangan menerusi tabung yang dibuka untuk kutipan bagi program berkenaan selain daripada menyumbang tenaga sewaktu hari kejadian.

Wakil Jawatankuasa Kolej Kediaman (RCC), Sharifah Nurin Nasuha Syed Mohd Hanafiah pula berkata, pemberian bubur lambuk menerusi program berkenaan akan mengurangkan beban perbelanjaan mahasiswa untuk membeli juadah berbuka puasa.

Majlis iftar besar-besaran juga turut diadakan bagi meraikan para pelajar dan tenaga pengajar yang terlibat menjayakan program berkenaan.
Majlis iftar besar-besaran juga turut diadakan bagi meraikan para pelajar dan tenaga pengajar yang terlibat menjayakan program berkenaan.

"Selain dapat mengeratkan silaturahim, ia juga membantu mengurangkan beban pelajar untuk beli makanan berbuka hari ini kerana kita akan edarkan bubur lambuk yang dimasak kepada mereka petang nanti.

"Tidak lupa juga, kita ada pelajar antarabangsa yang belum kenal secara mendalam mengenai budaya kita. Jadi, dengan adanya program ini mereka boleh kenal, belajar dan memahami serba sedikit berkaitan tradisi di sini," ujarnya.

SHARIFAH NURIN
SHARIFAH NURIN