Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan 2024

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Selasa meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024 dengan lebih suara bersetuju.

Ia diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying setelah jawatankuasa menimbang usul dicadangkan tanpa pindaan.

Terdahulu, Rang Undang-Undang berkenaan dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan diluluskan di peringkat dasar semalam.

Dokumen itu bertujuan mengadakan peruntukan bagi penguntukan semula daripada Kumpulan Wang Disatukan berjumlah RM648,537,400 bagi perkhidmatan dan maksud yang dinyatakan dalam jadual kepada Rang Undang-Undang ini bagi 2024.

Permohonan peruntukan itu juga susulan penyusunan semula beberapa kementerian yang turut dinamakan semula selain penubuhan kementerian baharu dengan fungsi-fungsinya dipindahkan daripada kementerian lain selaras dengan pembentukan Kabinet baharu pada 12 Disember 2023.

Langkah penyusunan semula itu turut melibatkan perpindahan program agensi antara kementerian dan bagi disusun semula dengan baki program dari kementerian asal perlu turut dipindahkan bagi maksud perbekalan baharu.

Perbelanjaan tambahan itu dimohon untuk Jabatan Perdana Menteri iaitu sebanyak RM64,912,200, Jabatan Perkhidmatan Awam (RM21,673,000) dan Kementerian Perpaduan Negara (RM1,433,200).

Peruntukan itu juga adalah bagi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (RM783,700), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (RM340,087,300), Kementerian Komunikasi (RM37,382,400) dan Kementerian Digital (RM182,265,600). - Bernama

Artikel Berkaitan: