'Bongkar isu besar menjelang PRK dah jadi trend'

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO mendakwa seolah-olah sudah menjadi trend bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar isu besar setiap kali berlaku pilihan raya kecil (PRK).

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa, tindakan SPRM mendedahkan rakaman perbualan telefon yang didakwa membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama beberapa individu lain telah menimbulkan satu polemik baharu dalam kalangan warganet.

"Apa kaitannya pendedahan tersebut dengan PRK Kimanis? Seolah-oleh sudah menjadi trend atau aliran apabila ada PRK, ada sahaja isu baharu didedahkan dengan tujuan-tujuan tertentu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] SPRM bongkar audio konspirasi jenayah libatkan Najib, Rosmah

"Bagi saya tindakan mendedahkan rakaman tersebut menyalahi prinsip Kedaulatan Undang-Undang (Rule of Law). Kesannya bukan sahaja kepada negara tetapi juga melibatkan hubungan antarabangsa," katanya menerusi catatan di Facebooknya hari ini.

Pada Rabu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya mendedahkan sembilan set rakaman perbualan yang didakwa konspirasi jenayah membabitkan Najib dan beberapa individu lain termasuk isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Pendedahan terbabit turut menerima kritikan daripada pelbagai pihak termasuk beberapa pengamal undang-undang seperti Haniff Khatri Abdulla dan Ramkarpal Singh yang menyifatkan tindakan itu adalah tidak beretika.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, menjadi harapan besar seluruh rakyat, SPRM sebagai penguat kuasa undang-undang dapat menunjukkan amalan yang betul berlandaskan prinsip Kedaulatan Undang-Undang bukan bertindak atas arahan yang berkepentingan.

Dedah rakaman audio: SPRM boleh hilang wibawa

Artikel Berkaitan: