Polis Perak luluskan 217 permit jual bunga api, mercun

Mohd Yusri menyampaikan sijil penghargaan kepada media Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Norazman Zambahari pada perhimpunan sempena Sambutan Hari Polis ke-217 Tahun 2024 peringkat IPK Perak.
Mohd Yusri menyampaikan sijil penghargaan kepada media Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Norazman Zambahari pada perhimpunan sempena Sambutan Hari Polis ke-217 Tahun 2024 peringkat IPK Perak.
A
A
A

IPOH - Polis Perak meluluskan 217 daripada 443 permohonan permit bagi menjual bunga api dan mercun sempena sambutan Aidilfitri setakat ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, baki 225 permohonan berkenaan kini sedang dalam proses semakan.

"Keseluruhan permohonan permit yang diterima setakat ini adalah sebanyak 443 permohonan dan kita telah meluluskan sebanyak 217 permohonan.

"Bagaimanapun satu permohonan pula ditolak kerana pemohon mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Sempena Sambutan Hari Polis ke-217 Tahun 2024 Peringkat Kontinjen Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini pada Isnin.

Menurut beliau, pemantauan akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi membanteras aktiviti penjualan mercun dan bunga api tanpa permit yang sah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: