65 penduduk hilang tempat tinggal, 10 rumah terbakar di Kampung Likas

Sebanyak 17 keluarga hilang tempat tinggal apabila 10 rumah terbakar dalam kejadian di Kampung Likas awal pagi Ahad. Foto media sosial
Sebanyak 17 keluarga hilang tempat tinggal apabila 10 rumah terbakar dalam kejadian di Kampung Likas awal pagi Ahad. Foto media sosial
A
A
A

KOTA KINABALU - Seramai 65 penduduk daripada 17 keluarga hilang tempat tinggal apabila 10 rumah yang didiami mangsa terbakar dalam kejadian di Kampung Likas di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 3.11 pagi tadi sebelum tiba enam minit kemudian.

Beliau berkata, 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Lintas dengan bantuan sembilan anggota dari BBP Kota Kinabalu serta seorang anggota daripada BBP Penampang dikejarkan ke tempat kejadian.

Tiada mangsa cedera atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran 10 rumah di Kampung Likas awal pagi Ahad. Foto media sosial
Tiada mangsa cedera atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran 10 rumah di Kampung Likas awal pagi Ahad. Foto media sosial

"Anggota BBP Lintas menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari tanki jentera BBP Penampang, manakala anggota BBP Kota Kinabalu menggunakan sumber air dari jentera dan pili bomba berhampiran.

"Tiada mangsa cedera atau kemalangan jiwa dilaporkan. Api dapat dikawal pada 4.16 pagi dan operasi ditamatkan pada 6.49 pagi," katanya ketika dihubungi pemberita di sini pada Ahad.

Beliau berkata, jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: