PADU: Kementerian Ekonomi jumpa kerajaan Sarawak minggu hadapan

Rafizi ketika ditemui petugas media selepas Sesi Townhall Bersama Menteri Ekonomi Berkenaan PADU, pada Sabtu.
Rafizi ketika ditemui petugas media selepas Sesi Townhall Bersama Menteri Ekonomi Berkenaan PADU, pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Ekonomi akan mengadakan perjumpaan bersama kerajaan Sarawak pada minggu hadapan bagi mengadakan perbincangan berhubung pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Menterinya, Rafizi Ramli berkata, pertemuan itu susulan pengeluaran arahan supaya pendaftaran PADU melibatkan kakitangan dan pegawai kerajaan negeri Sarawak ditangguhkan.

"Minggu depan, Kementerian Ekonomi akan duduk (berbincang) dengan kerajaan negeri Sarawak tetapi itu tidak menjejaskan dari segi pendaftaran PADU oleh penduduk.

"Ia kerana arahan setakat ini adalah supaya pendaftaran oleh (kakitangan) kerajaan Sarawak itu ditangguhkan terlebih dahulu tetapi pendaftaran rakyat melalui portal tersebut berterusan seperti biasa.

"Setakat minggu lepas, Sarawak merupakan antara negeri merekodkan pendaftaran tertinggi untuk platform PADU," katanya kepada petugas media selepas Sesi Townhall Bersama Menteri Ekonomi Berkenaan PADU, pada Sabtu.

Terdahulu, media melaporkan kerajaan Sarawak meminta beberapa perubahan dibuat di dalam maklumat yang diperlukan Padu ekoran ada maklumat peribadi seperti butiran peribadi individu termasuk akaun bank, hartanah dan pelaburan yang tidak sepatutnya tidak didedahkan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: