Rafizi nafi harga petrol, diesel naik sebelum Aidilfitri

Rafizi ketika ditemui selepas Sesi Townhall Bersama Menteri Ekonomi Berkenaan PADU pada Sabtu.
Rafizi ketika ditemui selepas Sesi Townhall Bersama Menteri Ekonomi Berkenaan PADU pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menafikan khabar angin yang mendakwa harga minyak petrol dan diesel dijangka mengalami kenaikan sebelum Aidilfitri ini.

Menurut beliau, fokus kerajaan ketika ini adalah memberi keutamaan dari segi penyediaan bantuan dan sistem sokongan terutamanya pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sebelum memikirkan sebarang keputusan melibatkan subsidi petrol dan diesel.

"Tidak betul (dakwaan itu). Saya rasa kita telah berterus-terang kepada rakyat bahawa kita mahu letakkan semua bantuan dan sistem sokongan pada tempatnya dulu sebelum apa-apa keputusan mengenai subsidi petrol itu dibuat.

"Mustahil akan ada sebarang keputusan mengenai subsidi petrol dan diesel ini (memandangkan ia) terlalu dekat dengan tarikh tutup perlaksanaan PADU iaitu pada 31 Mac ini.

"Ia kerana kita perlukan data itu dibersihkan, kita perlu maklumkan kepada orang ramai siapa yang dapat dan sebagainya," katanya kepada petugas media selepas Sesi Townhall Bersama Menteri Ekonomi Berkenaan PADU pada Sabtu.

Sebelum ini, sebuah firma penyelidikan, Hong Leong Investment Bank (HLIB) menjangkakan bahawa harga RON95 dan diesel akan melonjak dalam masa terdekat.

Menurutnya, pengapungan mengikut harga pasaran bagi RON95 dan diesel boleh menjimatkan subsidi bahan api kerajaan sebanyak RM29 bilion.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, kerajaan juga telah mengumumkan bahawa pelaksanaan subsidi bersasar itu akan dipertimbangkan daripada suku kedua ke atas.

Artikel Berkaitan:

"Ia kerana apabila kita melihat pada garis masa kita memang perlukan suku pertama iaitu empat hingga lima bulan pertama ini untuk kita menyelesaikan soal sistem sokongan untuk diberikan bantuan kepada orang ramai," jelasnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ2

@sinarharianonline

Rafizi nafi harga petrol, diesel naik sebelum Aidilfitri #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #RafiziRamli #Minyak #Petrol #Diesel #Aidilfitri #PADU #Subsidi

Seloka Hari Raya - dzaqrazky