Malaysia, Denmark satu kumpulan Piala Thomas

Undian Piala Thomas
Undian Piala Thomas
A
A
A

PASUKAN badminton negara perlu berwaspada berdepan laluan rumit pada saingan Piala Thomas 2024 selepas diundi dalam kumpulan sama dengan jaguh Eropah juara edisi 2016, Denmark, yang akan berlangsung di Chengdu, China pada 28 April hingga 5 Mei depan.

Menerusi undian secara maya yang dijalankan di China itu, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan D bersama Hong Kong (pilihan ke-12) dan Algeria.

Saingan Kumpulan A pula menyaksikan pilihan pertama China selaku tuan rumah dan juara edisi 2018 diletakkan bersama Korea Selatan, Kanada dan Australia.

Kumpulan B pula mempamerkan peluang seimbang untuk kesemua pasukan dengan Jepun selaku pilihan keempat kejohanan diundi bersama Taiwan, Jerman dan Republik Czech.

Sementara itu, Indonesia, juara 14 kali serta pilihan ketiga kejohanan berdepan laluan sukar apabila diundi bersama juara bertahan, India, Thailand dan England.

Sebagai rekod, skuad lelaki sebelum ini gagal menamatkan kemarau tiga dekad sejak kali terakhir menjuarai Piala Thomas pada 1992 di Kuala Lumpur dan tewas kepada India 2-3 dalam perlawanan suku akhir pada edisi lalu di Bangkok.

Saingan Piala Uber, skuad wanita negara yang merupakan pilihan ke-10 kejohanan terpaksa mengharungi laluan sukar dalam Kumpulan B apabila diundi bersama-sama pilihan keempat kejohanan Thailand, Taiwan (pilihan keenam) dan Australia.

Artikel Berkaitan:

Undian Piala Uber
Undian Piala Uber

Sementara itu, pasukan China yang merupakan pilihan pertama kejohanan diundi dalam Kumpulan A bersama India, Kanada dan Singapura.

Jepun, Indonesia, Hong Kong dan Uganda pula berentap dalam Kumpulan C manakala juara bertahan Korea Selatan, Denmark, Amerika Syarikat dan Mexico diundi dalam Kumpulan D.

Sebagai rekod, dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan layak ke suku akhir

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28