Jualan Raya Fantastik Lazada tawar diskaun sehingga 90 peratus

Lazada lancar Jualan Raya Fantastik Lazada bermula pada 24 Mac (jam 8 malam) hingga 27 Mac dengan menawarkan potongan harga sehingga 90 peratus.
Lazada lancar Jualan Raya Fantastik Lazada bermula pada 24 Mac (jam 8 malam) hingga 27 Mac dengan menawarkan potongan harga sehingga 90 peratus.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PERUSAHAAN e-commerce antarabangsa Lazada melancarkan Jualan Raya Fantastik Lazada yang bermula pada 24 Mac (8 malam) hingga 27 Mac dengan menawarkan potongan harga sehingga 90 peratus.

Lazada dalam satu kenyataan berkata pelanggan turut berpeluang untuk mendapatkan barangan berjenama yang mereka inginkan dengan ‘LazFlash’ dengan jaminan harga terendah.

“Dengan LazFlash Extra pengguna boleh menikmati diskaun hingga 90 peratus pada waktu tertentu dan ia memberikan penjimatan yang lebih besar khususnya bagi jenama seperti Nike, GSK, Blackmores, Lenovo dan banyak lagi.

“Bagi yang mencari produk berkualiti tinggi dengan harga terbaik, anda boleh membeli produk ‘Choice’ yang berlabel kuning kerana ia lebih menjimatkan apabila pembelian dibuat secara pukal. Bukan itu sahaja, apabila pelanggan membeli empat barang dan ke atas, mereka juga boleh menikmati penghantaran percuma!

“Choice juga menawarkan tawaran kilat dan jualan baharu terbatas sepanjang kempen, jadi jangan lepaskan peluang ini. Pengguna baharu Choice juga dapat menebus tawaran eksklusif dengan diskaun hingga 90 peratus,” kata kenyataan itu pada Jumaat.

Jualan mega tersebut dilaksanakan khusus untuk rakyat Malaysia yang menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Jualan mega tersebut dilaksanakan khusus untuk rakyat Malaysia yang menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Tambah kenyataan itu, pelanggan boleh mengumpul Lazada Bonus untuk lebih penjimatan. Lazada Bonus akan memberikan pengguna diskaun RM9 ke atas setiap RM90 yang dibelanjakan.

Bukan itu sahaja, terdapat juga mekanik promosi lain yang pengguna boleh gabungkan untuk mendapatkan penjimatan lebih tinggi dan berbaloi seperti baucar platform serta baucar penjual, LazCoins, LazCash dan baucar penghantaran percuma.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Lazada mendedahkan bahawa pelanggan turut berpeluang

memenangi produk-produk daripada jenama seperti BOSCH, Getha, Benefit, NeckPro+, 70mai dan lebih lagi apabila membeli-belah semasa Jualan Raya Fantastik Lazada. Hadiah keseluruhan bernilai RM50,000 bakal dimenangi oleh setiap pelanggan yang ke-3,240 yang berbelanja sepanjang kempen tersebut.

Menurut kenyataan itu, jualan mega tersebut dilaksanakan khusus untuk rakyat Malaysia yang akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri selepas sebulan berpuasa dan ia merupakan waktu istimewa bagi merapatkan silaturahim dengan orang tersayang.

Setiap RM90 yang dibelanjakan, pelanggan akan menerima RM9 diskaun dan berpeluang mengumpul ‘Bonus Lazada'.
Setiap RM90 yang dibelanjakan, pelanggan akan menerima RM9 diskaun dan berpeluang mengumpul ‘Bonus Lazada'.

“Musim perayaan merupakan waktu menghiasi rumah mereka dan berpakaian menawan untuk menyambut tetamu bagi majlis rumah terbuka dengan sajian tradisional.

“Jualan Raya Fantastik Lazada menawarkan diskaun menakjubkan yang rakyat Malaysia boleh dapatkan untuk persediaan raya seperti keperluan perayaan, dekorasi, jenama fesyen terkemuka dan banyak lagi.

“Manfaatkan penjimatan besar pada pilihan tawaran 'Mesti Beli' daripada jenama terkenal seperti Lululemon, Samsonite, adidas, Dyson, Sulwhasoo dan DJI dan lebih lagi,” ujarnya.

Pada masa sama, Lazada turut mengumumkan promosi eksklusif yang khusus buat pelanggan baharu, mempamerkan tawaran hebat pada harga istimewa serendah RM1 bagi satu kilogram (kg) beras. Tawaran itu membuktikan komitmen Lazada untuk menyediakan barangan keperluan pada harga luar biasa.

Bukan itu sahaja, penghantaran percuma sebanyak sehingga RM5 juga akan memberikan pelanggan peluang untuk lebih kenal dengan platform Lazada yang mudah dan menjimatkan.

No Image Caption

Selain beras pada harga RM1, pelanggan boleh menjangkakan tawaran-tawaran yang lebih menakjubkan dalam masa terdekat, seiring dengan usaha Lazada untuk menambah baik dan memperluas pilihan promosi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!