Sila log masuk terlebih dahulu.

Kes pegawai polis sebabkan kematian pelajar dipindah ke Mahkamah Tinggi

A
A
A

BERITA SEMASA 21 MAC 2024

Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis memindahkan kes pegawai kanan polis yang didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas seorang pelajar lelaki Disember lalu ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

Majistret S Punitha memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz untuk kes terhadap Mohd Nazri Abdul Razak, 45 tahun.

Permohonan memindahkan kes dilakukan mengikut Seksyen 177A(1) Kanun Prosedur Jenayah.

Bagaimanapun tarikh bagi sebutan kes di Mahkamah Tinggi belum ditetapkan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/655738/berita/semasa/kes-pegawai-polis-sebabkan-kematian-pelajar-dipindah-ke-mahkamah-tinggi

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #kesbunuh #mahkamah