X

Kindly register in order to view this article
!

Komander Aerongkasa Iran sedia pikul tanggungjawab

AMIR ALI HAJIZADEH
A
A

TEHERAN - Komander Tentera Aeroangkasa Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Brigadier Jeneral Amir Ali Hajizadeh berkata, beliau seperti mahu mati selepas yakin pesawat Ukraine ditembak jatuh secara tidak sengaja oleh sistem pertahanan Iran.

Pesawat Ukraine International Airlines (UIA) terhempas tidak lama selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini pada Rabu lalu, mengakibatkan 176 penumpang dan anak kapal terkorban.

Insiden itu berlaku beberapa jam selepas Iran melancarkan 22 serangan peluru berpandu menyasarkan pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq.

Ia sebagai serangan balas terhadap pembunuhan Leftenan Jeneral Qasem Soleimani di Baghdad oleh dron AS.

Hajizadeh berkata, beliau berada di barat Iran ketika kejadian itu berlaku.

“Saya pikul semua tanggungjawab untuk kejadian ini," katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau menambah; “Kami akan mematuhi sebarang keputusan daripada pegawai tertinggi.” - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus