Sila log masuk terlebih dahulu.

Pengemis bertongkat merayu minta dilepaskan

A
A
A

BERITA SEMASA 21 MAC 2024

Seorang pengemis bertongkat membuka langkah seribu dalam cubaan meloloskan diri ketika diserbu pihak berkuasa pada Operasi Bersepadu Ramadan Siri 1 di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu pada Rabu.

Lelaki berusia 36 tahun itu melarikan diri sambil memegang tongkat sejauh 150 meter dari tempat dia duduk untuk meminta sedekah di sebuah bank di kawasan itu pada jam 10.30 pagi.

Operasi disertai Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Jabatan Imigresen Malaysia Kelantan dan Polis Diraja Malaysia.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/655566/edisi/kelantan/minta-maaf-lain-kali-tak-buat-dah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Pengemis #Kelantan