Sila log masuk terlebih dahulu.

JAINJ gempur 80 premis terkait penjualan stoking kalimah ALLAH

A
A
A

BERITA SEMASA 21 MAC 2024

Sebanyak 80 premis perniagaan di seluruh negeri Johor yang dikaitkan dengan penjualan stoking kalimah ALLAH diperiksa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), lapor wartawan Sinar Harian Nor Azura Md Amin.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, operasi besar-besaran bermula pada Rabu itu akan berterusan sehingga isu kalimah ALLAH selesai.

Jelasnya, operasi melibatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Pejabat Kadi Daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT), turut menumpukan kepada kedai-kedai yang menjual pakaian dan alat tulis.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/655667/berita/semasa/jainj-gempur-80-premis-terkait-penjualan-stoking-kalimah-allah

Muzik: www.bensound.com