SPRM tahan pegawai penguat kuasa terima rasuah RM500 secara bulanan

SPRM tahan pegawai penguat kuasa disyaki terima rasuah secara bulanan bagi melindungi perniagaan syarikat pengurup wang berlesen. Gambar hiasan
SPRM tahan pegawai penguat kuasa disyaki terima rasuah secara bulanan bagi melindungi perniagaan syarikat pengurup wang berlesen. Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang pegawai penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki menerima wang rasuah secara bulanan bagi melindungi perniagaan syarikat pengurup wang berlesen di negeri ini.

Suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah di sini, kira-kira jam 9 pagi Rabu.

Menurut sumber, suspek dikatakan menerima wang bulanan sebanyak RM500 dengan jumlah keseluruhan mencecah sehingga RM4,000 daripada syarikat tersebut.

Suspek menerima wang daripada seorang individu secara pindahan wang sebanyak RM500 bagi setiap transaksi dari tahun 2020 hingga 2021.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Khas Rasuah Kota Kinabalu untuk dituduh esok pagi," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: