51 Ahli Lembaga PERKESO lafaz ikrar integriti perangi rasuah

Seramai 51 Ahli Lembaga dan Ahli Jawatankuasa PERKESO melafazkan IBR dalam program bersama SPRM di Menara Perkeso, Putrajaya pada Rabu.
Seramai 51 Ahli Lembaga dan Ahli Jawatankuasa PERKESO melafazkan IBR dalam program bersama SPRM di Menara Perkeso, Putrajaya pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 51 Ahli Lembaga dan Ahli Jawatankuasa Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam program bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengerusi Lembaga PERKESO, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, semua agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) akan menggunakan panduan dan standard Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) bagi mengukuhkan tadbir urus serta mengenal pasti risiko atau salah guna kuasa.

Menurutnya, langkah tersebut dilaksanakan sejajar dengan kenyataan media Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong pada 7 Januari lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Datuk Seri Azam Baki (dua dari kanan) memberikan penghargaan kepada Subahan Kamal (dua dari kiri).
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Datuk Seri Azam Baki (dua dari kanan) memberikan penghargaan kepada Subahan Kamal (dua dari kiri).

“Sebagai agensi yang dipersijilkan ABMS sejak 2021, inisiatif IBR yang dilaksanakan ini sebagai satu langkah kawalan antirasuah di bawah pelaksanaan dan keperluan ABMS.

“Pelaksanaan program ini memberi tumpuan kepada pengukuhan nilai integriti dalam setiap aspek dengan menitikberatkan akauntabiliti, ketelusan dan etika kerja yang baik bagi menjadikan PERKESO sebuah organisasi Madani,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Subahan Kamal menandatangani IBR Lembaga PERKESO 2024 yang disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Datuk Seri Azam Baki, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kesuma, Datuk Norison Ramli dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed di Menara PERKESO, Putrajaya.

Azam Baki (duduk, kanan) menandatangani IBR Lembaga PERKESO 2024 yang disaksikan oleh Subahan Kamal (duduk, kiri).
Azam Baki (duduk, kanan) menandatangani IBR Lembaga PERKESO 2024 yang disaksikan oleh Subahan Kamal (duduk, kiri).

Artikel Berkaitan:

Tambah Subahan, sebelum ini PERKESO menerima Anugerah Emas Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2023 hasil daripada inisiatif konsisten dalam menyemak Standard Operating Procedure (SOP).

“Ia memastikan risiko rasuah dalam proses kerja ditangani dengan penambahbaikan kepada kawalan dalaman sedia ada dengan membangunkan Daftar Risiko Rasuah,” tambah beliau.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28