Aset BNM meningkat kepada RM631.26 bilion pada 2023

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023, BNM merekodkan keuntungan bersih berjumlah RM7.16 bilion berikutan kenaikan jumlah pendapatan sebanyak RM8.77 bilion. - Gambar hiasan
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023, BNM merekodkan keuntungan bersih berjumlah RM7.16 bilion berikutan kenaikan jumlah pendapatan sebanyak RM8.77 bilion. - Gambar hiasan
A
A
A

JUMLAH aset Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat sebanyak 1.97 peratus kepada RM631.26 bilion (2022: RM619.04 bilion) pada 31 Dis, 2023 dengan rizab antarabangsa terus menjadi sebahagian besar daripada aset BNM sebanyak 83 peratus (2022: 81 peratus).

Liabiliti BNM adalah terutamanya daripada deposit oleh institusi kewangan dan mata wang dalam edaran yang masing-masing berjumlah RM176.66 bilion and RM161.82 bilion pada 31 Dis, 2023 (2022: RM221.89 bilion; RM162.07 bilion), kata bank pusat dalam Laporan Tahunan 2023, yang dikeluarkan hari ini.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023, BNM merekodkan keuntungan bersih berjumlah RM7.16 bilion (2022: RM6.99 bilion) berikutan kenaikan jumlah pendapatan sebanyak RM8.77 bilion (2022: RM8.52 bilion).

Menurut bank pusat, daripada jumlah ini, RM4.31 bilion (2022: RM4.24 bilion) akan dipindahkan kepada Rizab Risiko yang berjumlah RM150.06 bilion pada 31 Disember 2023 (2022: RM116.61 bilion).

"Memandangkan rizab antarabangsa BNM adalah dalam mata wang asing, penting bagi BNM untuk memastikan kedudukan Rizab Risikonya memadai bagi menghadapi volatiliti pasaran kewangan dan turun naik dalam kadar pertukaran asing,” katanya.

Baki keuntungan bersih sebanyak RM2.85 bilion (2022: RM2.75 bilion) akan dibayar kepada kerajaan sebagai dividen, kata BNM. - Bernama

Artikel Berkaitan: