Lebih 500 jemaah hadir majlis kesyukuran Azmin

Mohamed Azmin bersama para tetamu membaca Yasin pada majlis kesyukuran di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves selepas solat Maghrib tadi.
Mohamed Azmin bersama para tetamu membaca Yasin pada majlis kesyukuran di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves selepas solat Maghrib tadi.
A
A
A

GOMBAK - Selepas bersih daripada fitnah berkait video kontroversi, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkongsi kesyukuran bersama masyarakat dalam satu majlis doa selamat di sini hari ini.

Lebih 500 jemaah termasuk penduduk dan pelajar tahfiz hadir pada Majlis Kesyukuran, Tausiah dan Doa Selamat itu di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Hadir sama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada majlis bacaan Yasin di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves selepas solat Maghrib tadi.
Hadir sama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada majlis bacaan Yasin di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves selepas solat Maghrib tadi.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah disusuli bacaan Yasin, tahlil dan doa kesyukuran serta diakhiri makan malam selepas solat Isyak.

Lebih 500 jemaah membaca Yasin pada majlis kesyukuran di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves selepas solat Maghrib tadi.
Lebih 500 jemaah membaca Yasin pada majlis kesyukuran di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves selepas solat Maghrib tadi.



ARTIKEL BERKAITAN: Video intim: Azmin bersyukur tiada pendakwaan

Kelmarin Mohamed Azmin meluahkan penuh kesyukuran berhubung keputusan siasatan video intim yang sebelum ini yang mendakwa beliau sebagai pelaku dalam video berkenaan.

"Segala puji bagi ALLAH kerana membolehkan kebenaran mengatasi kejahatan.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun saya dibersihkan sepenuhnya, saya berdoa tiada lagi yang akan menghadapi politik keji seperti ini," katanya.

Peguam Negara, Tommy Thomas menjelaskan tiada pertuduhan akan dikemukakan dalam kes video intim kontroversi mengaitkan Mohamed Azmin dengan bekas ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Keputusan itu dibuat susulan pakar forensik AS gagal mengenal pasti individu dalam video berkenaan kerana resolusi rendah.