Nicol imbas momen indah Komanwel 1998

Nicol. Foto Bernama
Nicol. Foto Bernama
A
A
A

PARA atlet negara berada dalam mod sedia untuk sebarang kejohanan atau temasya termasuk Sukan Komanwel 2026 sekiranya Malaysia memutuskan untuk menganjurkannya dua tahun lagi selepas Victoria, Australia menarik diri.

Bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol David yang berkongsi pengalaman berkata, atlet elit negara yang berada di bawah program pembangunan Majlis Sukan Negara (MSN) sememangnya menjalani latihan rutin untuk menyertai sebarang pertandingan besar.

“Atlet memang bersiap sedia, ada yang ke Sukan Olimpi, Sukan Asia dan Komanwel yang berlangsung setiap empat tahun.

"Kami tahu bila tahun itu akan menjadi penting, jadi perlu bersedia dua tahun sebelumnya untuk mencapai keputusan positif.

“Latihan adalah rutin buat atlet dan ia sebahagian daripada persiapan.

"Tekanan memang ada dan ia terserah kepada atlet untuk menghadapinya,” katanya.

Beliau mengulas mengenai kesediaan atlet sekiranya Malaysia bersedia menjadi tuan rumah Sukan Komawel 2026 yang dilihat peminat tempoh dua tahun sebagai singkat buat mereka untuk membuat persiapan.

“Beraksi di laman sendiri banyak kelebihan dan kita akan mendapat sokongan padu daripada peminat tanah air,” ujar Nicol.

Artikel Berkaitan:

Mengimbau memori menyertai Sukan Komanwel 1998 ketika berusia 14 tahun, beliau berkata, pengenalan skuasy dalam Sukan Komanwel ketika itu membantu sukan raket tersebut meraih populariti.

“Ia kali pertama skuasy dipertandingkan. Sangat mengujakan bagi saya untuk membuat persiapan.

"Sejak itu skuasy mendapat banyak pengiktirafan,” ujar juara dunia lapan kali itu.

Tuan rumah Sukan Komanwel 2026 Victoria menarik diri selepas unjuran kos penganjuran temasya itu melonjak daripada AS$2.6 bilion (RM8.09 bilion) kepada AS$7 bilion (RM21.78 bilion).

Berikutan itu, Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menawarkan suntikan dana sebanyak 100 juta pound juta (RM602 juta) kepada Malaysia yang menjadi tuan rumah temasya pada 1998 dan anggota lain bagi menyelamatkan temasya empat tahun sekali itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan meneliti butiran dan mendapatkan pandangan semua pihak termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum membuat keputusan muktamad mengenai tawaran untuk menganjurkan temasya tersebut.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28