Cuaca panas: Suhu di Perlis, Pokok Sena boleh cecah 40 darjah Celcius

27 kawasan lain direkodkan di tahap satu atau tahap berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian sehingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. Foto Bernama
27 kawasan lain direkodkan di tahap satu atau tahap berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian sehingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas gelombang haba tahap dua di Perlis dan Pokok Sena, Kedah dengan ramalan suhu boleh mencecah sehingga 40 darjah Celcius.

Berdasarkan laman sesawang tersebut, 27 kawasan lain direkodkan di tahap satu atau tahap berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian sehingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Kawasan tersebut melibatkan Kota Belud di Sabah; Kedah (Pulau Langkawi, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Kuala Muda, Sik dan Baling); Perak (Kampar, Kuala Kangsar dan Kinta) dan Timur Laut di Pulau Pinang.

Selain itu, Johor (Muar, Segamat dan Batu Pahat); Selangor (Kuala Selangor dan Sepang); Pahang (Raub, Bentong dan Temerloh); Negeri Sembilan (Seremban, Tampin, Rembau dan Jelebu); Alor Gajah, Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga berada di tahap berjaga-jaga yang direkodkan setakat jam 4.30 petang Selasa.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: