MIC adakan pemilihan presiden 12 April ini

MIC akan mengadakan pemilihan jawatan presiden bagi penggal 2024 hingga 2027 pada 12 April ini, dengan hari pencalonan ditetapkan pada 27 Mac ini dari jam 11 pagi hingga 12 tengah hari di tingkat lima ibu pejabat parti.
MIC akan mengadakan pemilihan jawatan presiden bagi penggal 2024 hingga 2027 pada 12 April ini, dengan hari pencalonan ditetapkan pada 27 Mac ini dari jam 11 pagi hingga 12 tengah hari di tingkat lima ibu pejabat parti.
A
A
A

KUALA LUMPUR - MIC akan mengadakan pemilihan jawatan presiden bagi penggal 2024 hingga 2027 pada 12 April ini, dengan hari pencalonan ditetapkan pada 27 Mac ini dari jam 11 pagi hingga 12 tengah hari di tingkat lima ibu pejabat parti di sini.

Timbalan Presiden, Datuk Seri M Saravanan berkata, perkara itu diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Presiden MIC yang bermesyuarat hari ini.

Beliau turut memberitahu tidak akan bertanding bagi merebut jawatan tertinggi parti pada pemilihan nanti.

Jawatan presiden MIC kini disandang oleh Tan Sri S A Vigneswaran.

"Mengikut perlembagaan MIC, tempoh presiden MIC tamat pada 25 Mei 2024. Oleh itu berdasarkan perlembagaan (parti) satu pemilihan perlu diadakan sebelum tamat tempoh presiden,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di ibu pejabat MIC di sini.

Calon yang ingin bertanding untuk jawatan presiden boleh menawarkan diri dengan mengisi borang yang diedarkan bermula hari ini, dengan seorang pencadang dan seorang penyokong diperlukan.

Saravanan berkata ketua-ketua cawangan yang telah menjalankan mesyuarat tahunan pada 2024 boleh menjadi pencadang dan penyokong untuk pemilihan presiden. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: