X

Kindly register in order to view this article
!

Strategi DAP luas pengaruh di Kelantan

Zaid Ibrahim - Foto Malay Mail
A
A

GUA MUSANG - Pelantikan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Pengerusi DAP Kelantan sememangnya dilihat sebagai strategi parti itu untuk menarik sokongan orang Melayu khususnya di Kelantan.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Amran Arifin berkata, meskipun majoriti rakyat Kelantan sukar untuk menyokong perjuangan DAP namun ia merupakan langkah strategik yang dibuat parti berkenaan bagi mengembangkan pengaruh DAP di Kelantan pada masa depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Zaid Ibrahim sah sertai DAP

"Beliau (Zaid) sangat terbuka dan berfikiran liberal membuatkan kita tidak terkejut dengan tindakan DAP melantik beliau sebagai Pengerusi DAP Kelantan.

"Karakter beliau sangat sesuai dengan acuan kepimpinan DAP yang memperjuangkan hak kesamarataan atau 'Malaysian Malaysia'.

"Pun begitu, kumpulan Muafakat Nasional tidak boleh menganggap remeh rancangan peluasan pengaruh DAP di Kelantan meskipun majoriti negeri ini didiami orang Melayu kerana kecenderungan rakyat menilai kepimpinan pada masa ini berasaskan kompetensi," katanya dalam satu kenyataan.

Amran
Amran

Amran yang juga Ketua Penerangan UMNO Gua Musang berkata, penjelasan perlu dibuat kepada rakyat agar ia tidak digunakan sebagai ruang mengembangkan pengaruh.

"Meskipun kita memerlukan sebuah kerajaan yang kompeten tetapi tidaklah sampai menggadai asas-asas kenegaraan Malaysia yang mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan, menjunjung kedaulatan Raja-Raja Melayu, memelihara hak-hak keistimewaan orang Melayu dan lain-lainnya," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!