Menu khas Aidilfitri untuk penumpang Malaysia Airlines

Barisan chef yang pakar dalam masakan Melayu.
Barisan chef yang pakar dalam masakan Melayu.
A
A
A

SEPANG - Penumpang Malaysia Airlines bakal menikmati pengalaman baharu dengan tawaran menu khas Aidilfitri bermula 10 hingga 17 April ini.

Malaysia Airlines menerusi kenyataan memaklumkan, pengalaman itu ditawarkan di Golden Lounge Satellite, Golden Lounge Regional dan Golden Lounge Domestik yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1).

"Ini adalah hasil kerjasama pihak syarikat dengan Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur," katanya.

Antara menu khas hidangan adalah Sup Tulang Rawan Pattani Dondang Sayang, Nasi Minyak Kismis Gemersik Takbir, Ayam Masak Ros Mekar Kasih, Kambing Masak Hitam Gurindam Desa, Sayur Lodeh Warna Warni Aidilfitri, Pajeri Nenas Sebening Syawal dan Senandung Manis Si Pulut Hitam.

"Bagi tetamu di menjamu selera di Malaysia Airline Platinum Lounge, mereka berpeluang menikmati hidangan khas perayaan yang lazat seperti Gado-Gado Musafir, Singgang Lautan Bingkisan Perantau dan Rendang Udang Fajar Menyinsing,” jelas Malaysia Airlines.

Menu Ayam Masak Ros Mekar Kasih dan Nasi Minyak Kismis Gemersik Takbir antara yang disajikan kepada penumpang.
Menu Ayam Masak Ros Mekar Kasih dan Nasi Minyak Kismis Gemersik Takbir antara yang disajikan kepada penumpang.

Untuk merealisasikan penyediaan juadah eksklusif dan mewah buat para penumpang, Hotel Sheraton Imperial menampilkan barisan pakar kulinari dalam masakan tempatan.

Mereka adalah Pakar Masakan Eksekutif Sous; Chef Mohd Azizan Mohd Apande, Chef Melayu; Abdul Hallim Sultan dan Chef De Cuisine; Muhammad Aliff Akhbar Zakaria.

Artikel Berkaitan:

Selain menyediakan perkhidmatan premium hujung ke hujung dan akses kepada Golden Lounge terkenal, penumpang dan ahli frequent flyer yang melancong dengan kelas perniagaan, Enrich Platinum, kelas pertama pada penerbangan kendalian Malaysia Airlines (codeshare), Oneworld First Class, dan Oneworld Emerald boleh manjakan diri dengan hidangan Hari Raya Aidilfitri sambil menikmati pemandangan indah dari ruang istirahat sebelum penerbangan.

"Penumpang kelas ekonomi juga boleh membeli akses mereka ke Golden Lounge melalui tapak web atau aplikasi mudah alih Journify," jelas MAS.

Di samping itu, cabutan tiket bertuah dengan hadiah lumayan juga turut diadakan sepanjang tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri dari 27 Mac ini sehingga 14 April.

“Untuk menyertainya, pengembara hanya bergambar dengan aksi menarik di Gerai Foto Hari Raya Sheraton Imperial Kuala Lumpur di ketiga-tiga ruang rehat penerbangan Malaysia Airlines," katanya.

Gambar itu kemudiannya dimuat naik secara umum di Instagram dengan menanda @sheratonimperialalkl dan @malaysiaairlines, serta dengan syarat telah mengikuti kedua-dua akaun berkenaan.

Ahli Enrich juga ditawarkan untuk bagi sama-sama memeriahkan berbuka puasa di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur yang mengetegahkan retro dan dijamin menggamit nostalgia lama di bulan Ramadan.

Rendang Udang Fajar Menyinsing turut menjadi menu istimewa.
Rendang Udang Fajar Menyinsing turut menjadi menu istimewa.

"Para penumpang Malaysia Airlines terutamanya ahli Enrich boleh memilih pakej penginapan Retro Ramadan D’ Sheraton Imperial yang membawa faedah eksklusif.

“Ini termasuk ganjaran 1000 mata Marriott dan diskaun 20 peratus untuk Bufet Ramadan Nostalgia Retro bagi orang ketiga yang menemani ahli Enrich” katanya.

Justeru, bagi memastikan perjalanan lebih lancar semasa musim perayaan ini, penumpang digalakkan untuk mendaftar masuk dalam talian atau melalui aplikasi mudah alih Malaysia Airlines dan tiba di lapangan terbang lebih awal.

Selain itu, penumpang digalakkan untuk mendaftarkan diri untuk menjadi ahli Enrich bagi memperoleh mata ganjaran Enrich dan nikmati tawaran eksklusif ahli sahaja dan muat turun Aplikasi Malaysia Airlines untuk mendapatkan promosi terkini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!