5.22 juta orang sudah kemas kini PADU

Jumlah kemas kini terkini sistem PADU sehingga Sabtu.
Jumlah kemas kini terkini sistem PADU sehingga Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 5.22 juta daripada 30.08 juta rakyat Malaysia telah mengemas kini data di sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sehingga Sabtu.

Berdasarkan status yang dimuat naik di laman Facebook PADU Official, Selangor merekodkan jumlah kemas kini tertinggi iaitu 0.79 juta orang, diikuti Sarawak (0.65 juta) dan Johor (0.52 juta), Perak (0.48 juta), Sabah (0.44 juta) dan Kedah (0.36 juta).

Kelantan mencatatkan 0.35 juta orang, Kuala Lumpur (0.33 juta), Pahang (0.29 juta), Pulau Pinang (0.28 juta), Terengganu (0.26 juta), Negeri Sembilan (0.22 juta), Melaka (0.15 juta), Perlis (0.06 juta), Wilayah Persekutuan Putrajaya (0.02 juta) dan Labuan (0.01 juta).

Sistem PADU dibangunkan untuk dijadikan sebagai sumber rujukan utama kerajaan dalam merancang sosioekonomi dan menyusun dasar-dasar negara secara lebih terperinci serta menyeluruh.

Ia juga menjadi sumber kepada kerajaan, terutama dalam memberi bantuan kepada rakyat secara bersasar dengan lebih telus dan cekap sambil memantau kesan dan hasil bantuan yang disalurkan.

Justeru, kerjasama rakyat adalah diperlukan dalam membuat pengemaskinian maklumat dalam sistem PADU bagi memastikan data-data individu yang telah ada dalam sistem PADU (data pentadbiran) yang diperoleh daripada agensi lain adalah terkini.

Mereka yang belum mendaftar dan mengemas kini data diminta berbuat demikian sebelum sistem PADU ditutup pada 31 Mac ini, sama ada di https://www.padu.gov.my atau di kaunter PADU berdekatan.

Artikel Berkaitan: