Lelaki maut tercampak keluar dari kenderaan

Bomba membantu mangsa yang terlibat dalam nahas kemalangan di Kampung Seri Karas, Felda Moakil Segamat tengah malam tadi.
Bomba membantu mangsa yang terlibat dalam nahas kemalangan di Kampung Seri Karas, Felda Moakil Segamat tengah malam tadi.
A
A
A

SEGAMAT - Seorang lelaki maut selepas tercampak keluar dari kereta dipandunya dalam kemalangan di Kampung Seri Karas berdekatan simpang Felda Maokil tengah malam tadi.

Kemalangan berlaku kira- kira jam 12.34 tengah malam tadi itu membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dipandu mangsa yang maut dikenali, Muhammad Ikhwan Abu Sari, 27, dengan sebuah Proton Waja.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, Pegawai Bomba Kanan II Hairisyah Wahid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan melibatkan dua buah kenderaan itu jam 12.34 tengah malam tadi.

Katanya, seramai lapan anggota BBP Labis bersama satu jentera dan sebuah unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kereta Proton Waja dan Perodua Alza.

"Terdapat seorang lelaki berusia 53 tahun cedera di dalam kereta Proton Waja dan mangsa dikeluarkan pihak Bomba seterusnya dihantar ke Hospital Segamat.

"Seorang lelaki berusia 27 tahun menaiki Perodua Alza telah tercampak keluar. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pembantu pegawai perubatan," katanya.

Artikel Berkaitan: