Ronaldo ledak gol ke-50 untuk Al-Nassr

Cristiano Ronaldo FOTO: AFP
Cristiano Ronaldo FOTO: AFP
A
A
A

CRISTIANO Ronaldo berjaya meledak gol peribadinya yang ke-50 untuk Al-Nassr selepas menjaringkan gol tunggal dalam kemenangan 1-0 ke atas Al-Ahli di tempat lawan pada Sabtu.

Ronaldo mempamerkan ketenangannya menerusi sepakan penalti untuk merobek gawang Al-Ahli pada minit ke-68.

Al-Nassr kini berada pada kedudukan kedua dalam Liga Pro Saudi ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu liga, Al-Hilal.

Ronaldo yang berusia 39 tahun adalah penjaring gol terbanyak dalam Liga Pro Saudi musim ini dengan 22 gol.

Dia konsisten meledak gol sejak menyertai Al-Nassr pada Januari 2023 selepas berpindah dari Manchester United.

Kemenangan untuk Al-Nassr menyaksikan mereka menamatkan prestasi mengecewakan baru-baru ini yang menyaksikan pasukan itu gagal meraih kemenangan dalam empat perlawanan terakhir.

Al-Nassr tersingkir daripada Liga Juara-Juara Asia apabila tewas menerusi sepakan penalti kepada Al-Ain pada peringkat suku akhir.

Sepanjang kerjayanya yang cemerlang, Ronaldo telah menjaringkan 751 gol kelab selain 128 gol untuk Portugal.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28