Bapa Rukun Negara meninggal dunia

Agoes menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang Puteri, hari ini.
Agoes menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang Puteri, hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pakar ekonomi dan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara yang pertama di Malaysia, Dr Agoes Salim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang Puteri, hari ini.

Agoes yang akan berusia 90 tahun bulan depan meninggal dunia kerana usia tua.

Anak Agoes, Omar Salim berkata, solat jenazah diadakan selepas solat Jumaat di masjid Jamilul Huda, Ampang sebelum jenazahnya dibawa ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk dikebumikan.

"Beliau yang merupakan Bapa Rukun Negara banyak menyumbang kepada negara semasa zaman Tun Abdul Razak Hussein (Perdana Menteri Malaysia kedua)," katanya.

Agoes yang terkenal dengan sumbangan beliau dalam penggubalan doktrin-doktrin utama negara seperti Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) menjadi tokoh penting dalam perjalanan pembangunan Malaysia.

Beliau juga merupakan bekas pengerusi Bank Pertanian.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: