Pencipta komik Dragon Ball meninggal dunia

Akira Toriyama. -AFP
Akira Toriyama. -AFP
A
A
A

TOKYO - Pencipta komik dan kartun popular Jepun, Dragon Ball, Akira Toriyama telah meninggal dunia ketika berumur 68 tahun, menurut pasukan produksinya pada Jumaat.

"Kami sangat berdukacita untuk memaklumkan kepada anda bahawa pencipta komik Akira Toriyama meninggal dunia pada 1 Mac akibat hematoma subdural akut," kata kenyataan yang disiarkan pada akaun X rasmi francais 'Dragon Ball'.

Komik Dragon Ball adalah karya Toriyama paling laris dan sangat berpengaruh sepanjang zaman.

Kali pertama disiarkan pada tahun 1984 dan berjaya melahirkan banyak siri anime, filem dan permainan video,

Watak utama menampilkan budak lelaki bersama Son Goku yang berupaya meningkatkan kuasanya dengan mengumpul bebola ajaib mengandungi naga untuk membantu dia dan rakan-rakannya dalam perjuangan melindungi bumi daripada musuh.

Rumah penerbitan Shueish dalam satu kenyataan berkata bahawa pihaknya sangat sedih mendengar berita mengenai kematian Toriyama itu.

Sementara itu, pencipta francais komik jepun One Piece, Eiidhiro Oda berkata dalam satu kenyataan bahawa kematian Toriyama adalah 'terlalu cepat' dan meninggalkan 'ruang besar untuk diisi'.

"Memikirkan saya tidak akan berjumpa dengannya lagi... Saya sangat bersedih," kata Oda.

Artikel Berkaitan:

Hematoma subdural adalah keadaan serius di mana darah terkumpul di antara tengkorak dan permukaan otak. - AFP