Klopp dinilai lebih bagus berbanding Wenger

Klopp. Foto AFP
Klopp. Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp dinilai lebih hebat dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) berbanding ikon Arsenal Arsene Wenger, menurut legenda Gunners Emmanuel Petit.

Prestasi Klopp yang gemilang di Liverpool akan berakhir pada penghujung musim ini selepas sembilan tahun menerajui pasukan gergasi EPL itu.

Jurulatih kelahiran Jerman itu membimbing Liverpool kejuaraan EPL pertama mereka dalam tiga dekad, serta kejayaan Liga Juara-Juara dan beberapa kemenangan Piala FA dan Piala Liga.

Bekas pengendali Borussia Dortmund itu berjaya melakukannya dengan baik termasuk masih berpeluang untuk mengakhiri musim ini dengan empat trofi.

Liverpool kukuh dalam perebutan kejuaraan, menduduki tempat kedua di belakang Arsenal dengan perbezaan gol dan telah pun memenangi Piala Liga musim ini.

Mereka juga sedang bersaing untuk Piala FA dan Liga Europa.

Kebanyakan peminat akan memberitahu empat pengurus terbaik dalam senarai teratas Inggeris ialah Sir Alex Ferguson, Pep Guardiola, Jose Mourinho dan Wenger.

Klopp hanya memenangi gelaran EPL sekali sahaja, jadi ada yang merasakan dia tidak berada pada tahap yang sama dengan kesemua pengendali yang disebutkan itu.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Petit tidak bersetuju dan menegaskan Klopp lebih bagus berbanding Wenger walaupun menjadi sebahagian pasukan pertama Wenger yang memenangi kejuaraan di England.

Bekas pemain tengah Arsenal itu merasakan Klopp mengatasi legasi pengendali Perancis itu.

"Anda perlu mengatakan Arsene Wenger diatasi oleh Klopp kerana dia memenangi Liga Perdana dan Liga Juara-Juara serta Piala FA dan Piala Liga.

“Wenger memenangi EPL tiga kali dan semua orang masih ingat tahun 'Invincible' tetapi mereka gagal dalam peluang untuk memenangi perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Barcelona, itulah satu-satunya perbezaan antara mereka.

"Tetapi dari segi impak dan cara Wenger bersaing dengan Sir Alex Ferguson adalah luar biasa. Satu-satunya perbandingan yang boleh saya buat ialah bagaimana Klopp telah bersaing dengan Pep Guardiola. Kami memerlukan lebih banyak saingan seperti itu kerana ia menjadikan liga yang terbaik di dunia," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28