Remaja jadi buruh paksa, dipantau CCTV

Bukit Aman menyerbu kilang di Kuala Langat, pada Rabu dan menahan PATI selain menyelamatkan remaja disyaki dijadikan buruh paksa.
Bukit Aman menyerbu kilang di Kuala Langat, pada Rabu dan menahan PATI selain menyelamatkan remaja disyaki dijadikan buruh paksa.
A
A
A

KUALA LANGAT - Polis menyelamatkan tiga remaja warga asing berusia 17 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa di dua kilang, di sini, pada Rabu.

Op Pints itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat kira-kira jam 12.45 tengah hari.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, serbuan pertama di Telok Panglima Garang membabitkan kilang kitar semula memproses barangan terpakai komponen elektronik.

Menurutnya, pemeriksaan berjaya menyelamatkan dua remaja lelaki warga Myanmar dipercayai dikenakan waktu kerja bermula jam 8 pagi hingga 9 malam.

"Temu bual awal telah dijalankan dengan menggunakan penterjemah rakan senegara mendapati mangsa tidak dibenarkan keluar serta bekerja lebih masa.

Bukit Aman menyerbu kilang di Kuala Langat, pada Rabu dan menahan PATI selain menyelamatkan remaja disyaki dijadikan buruh paksa.
Bukit Aman menyerbu kilang di Kuala Langat, pada Rabu dan menahan PATI selain menyelamatkan remaja disyaki dijadikan buruh paksa.

"Hasil soal siasat awal juga mendapati mangsa menerima gaji sebanyak RM1,200 hingga RM1,300 selain tidak dibenarkan keluar dari premis kilang dan pergerakan dikawal oleh kamera litar tertutup (CCTV) dan tempat penginapan tidak kondusif," katanya pada Khamis.

Beliau berkata, susulan itu, seorang penyelia kilang warga China berusia 52 tahun telah ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 14 Akta AntiPemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupan Migran (Atipsom) 2007, Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, polis turut menahan 14 pekerja asing membabitkan dua warga Myanmar dan 12 Bangladesh selain dua lagi warga China

Dalam operasi berlainan di kilang proses barang elektrik terpakai di Jalan Pulau Carey, di sini, seorang remaja warga asing diselamatkan serta penahanan seorang pengurus warga China berusia 29 tahun.

Katanya, turut ditahan 78 pendatang asing tanpa izin (PATI) membabitkan 75 warga Myanmar dan tiga Kemboja berusia 18 hingga 63 tahun.

"Tiga lagi lelaki warga China juga ditahan untuk membantu siasatan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya.

Tegasnya, kesemua tangkapan telah dibawa ke IPD Kuala Langat untuk siasatan lanjut.