Dugaan Ajak Shiro hadapi pentas akhir MLM

Perkongsian Ajak di Instagram mengenai adiknya yang cedera parah selepas sebuah silinder gas yang digunakan untuk kerja-kerja kimpalan meletup secara tiba-tiba.
Perkongsian Ajak di Instagram mengenai adiknya yang cedera parah selepas sebuah silinder gas yang digunakan untuk kerja-kerja kimpalan meletup secara tiba-tiba.
A
A
A

SHAH ALAM – Dugaan buat pelawak terkenal, Ajak Shiro apabila adiknya cedera parah selepas sebuah silinder gas yang digunakan untuk kerja-kerja kimpalan meletup secara tiba-tiba.

Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak, 34, berkongsi insiden tersebut di laman Instagramnya memberitahu bahawa kemalangan itu berlaku ketika adiknya sedang bertugas.

Penyampai radio Suria FM itu juga memohon maaf kepada ahli kumpulannya, Ropie dan Pak Ya kerana terpaksa meninggalkan pentas latihan untuk malam terakhir MLM 2019.

Ajak turut memuat naik tangkap layar perbualan di antara ahli kumpulannya di WhatsApp yang mendoakan agar adik kepada pelawak tersebut cepat sembuh.

“Besar dugaan saya. Adik saya kemalangan tadi masa kerja. Saya tinggalkan latihan untuk final Maharaja. Saya terpaksa uruskan adik saya dan sekarang saya masih ada dekat hospital.

"Saya terpaksa tinggalkan Pak Ya dgn Abang Ropi berdua dekat sana. Terima kasih Pak Ya dengan Abang Ropi sebab faham saya. Kita cuba buat yang terbaik esok (hari ini),” tulisnya di Instagram miliknya.



Dalam pada itu, salah seorang rakan artis tersebut, Achey Bocey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah turut memuat naik status mendoakan agar adik Ajak kembali sembuh.

Artikel Berkaitan:

“Assalamualaikum, dengan harapan anda yang bersama saya dan melihat posting ini, sama-sama kita mendoakan adik sahabat saya, Ajak Shiro kemalangan semasa bekerja.

“Gas Oxy welding meletup secara tiba-tiba, dugaan final untuk sahabat saya. Sama-sama kita doakan semua agar adiknya kembali sembuh,” tulisnya.

Perkongsian Ajak di Instagram kini tular di media sosial apabila meraih 128,803 tanda suka dan rata-rata netizen bersimpati dengan kejadian yang menimpa adik Ajak.

Ajak turut memuat naik tangkap layar perbualan di antara ahli kumpulannya di WhatsApp yang mendoakan agar adik kepada pelawak tersebut cepat sembuh.
Ajak turut memuat naik tangkap layar perbualan di antara ahli kumpulannya di WhatsApp yang mendoakan agar adik kepada pelawak tersebut cepat sembuh.

“Dugaan buat Ajak Shiro menghadapi final MLM apabila adiknya pula mengalami kemalangan. Kuatkan semangat Ajak. Insya-Allah, kemenangan MLM pasti jadi milik kumpulan RARE,” tulis Azhad Razif di Instagram.

Rina Samad pula menulis, “Bertabah Ajak dan kuatkan semangat menghadapi dugaan yang diterima. Semoga diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan oleh ALLAH.”

Antara reaksi netizen bersimpati dengan kejadian yang menimpa adik Ajak.
Antara reaksi netizen bersimpati dengan kejadian yang menimpa adik Ajak.