Sila log masuk terlebih dahulu.

Ibu tukar pengakuan tidak bersalah beri anak 16 bulan, susu campur dadah

A
A
A

BERITA SEMASA 13 MAC 2024

Seorang ibu yang mengaku menganiaya anak lelakinya berusia setahun empat bulan, dengan memberi susu bercampur air mengandungi dadah berbahaya jenis 'methamphetamine' di Mahkamah Sesyen dua minggu lalu, menukar pengakuan kepada tidak bersalah, pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Tertuduh, suri rumah berusia 34 tahun mengubah pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca semula di hadapan Hakim, Noor Ruzilawati Mohd Nor yang mana ketika prosiding lalu, mahkamah menetapkan Rabu untuk fakta kes dan jatuh hukum bagi wanita tersebut.

Sementara suaminya, peniaga air balang berusia 40 tahun, mengekalkan pengakuan tidak bersalah atas kes sama.

Mereka boleh dihukum bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/654231/berita/semasa/ibu-tukar-pengakuan-tidak-bersalah-beri-anak-16-bulan-susu-campur-dadah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com