KPM beri sokongan penuh kepada Dr Mahathir

Laporan Sinar Harian berhubung pelantikan Dr Mahathir sebagai pemangku Menteri Pendidikan berkuat kuasa 3 Januari lalu.
Laporan Sinar Harian berhubung pelantikan Dr Mahathir sebagai pemangku Menteri Pendidikan berkuat kuasa 3 Januari lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa bersedia memberi sokongan dan kerjasama kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilantik sebagai pemangku Menteri Pendidikan berkuat kuasa 3 Januari lalu.

KPM dalam satu kenyataan berkata, KPM turut mengucapkan tahniah kepada Dr Mahathir dan memberi sokongan serta kerjasama kepada beliau dalam melaksanakan inisiatif bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara.

“Dr Mahathir merupakan seorang negarawan yang berpengalaman luas dalam transformasi pendidikan negara.

“Semoga pemangkuan Dr Mahathir ini akan meningkatkan kecemerlangan KPM dan pendidikan negara,” kata kenyataan itu hari ini.

Hari ini, Pejabat Perdana Menteri berkata, Kabinet setuju melantik Dr Mahathir sebagai pemangku Menteri Pendidikan sehingga Menteri Pendidikan baharu dilantik bagi menggantikan Dr Maszlee Malik yang meletak jawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: PM pangku jawatan Menteri Pendidikan

Artikel Berkaitan: