PM pangku jawatan Menteri Pendidikan

Mahathir - Foto Bernama
Mahathir - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memangku jawatan Menteri Pendidikan berikutan kekosongan yang ditinggalkan Dr Maszlee Malik.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, perkara itu telah dipersetujui jemaah menteri dalam mesyuarat pra kabinet semalam.

"Ia berkuat kuasa 3 Januari lalu sehingga menteri pendidikan yang baharu akan dilantik," katanya.

Pada 2 Januari lalu, Maszlee mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa keesokan harinya.

Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam dilantik sebagai menteri pada Mei 2018.

Peletakan jawatan itu menimbulkan pelbagai spekulasi berikutan portal berita tempatan mendedahkan kandungan dipercayai satu surat arahan peletakan jawatan kepada Maszlee.

Surat berkenaan mengandungi 17 perenggan ditulis sendiri Mahathir didakwa dihantar ke pejabat Maszlee pada 27 Disember lalu.

Laporan berita itu turut mendedahkan kandungan surat berkenaan menyatakan bahawa Maszlee gagal mengikut nasihat dan beberapa kali melanggar keputusan Kabinet.

Artikel Berkaitan: