Jambatan Sultan Ismail

A
A
A
Keadaan semasa Jambatan Sultan Ismail ketika tinjauan hari ini.

Jika dahulu Jambatan Gantung Sultan Ismail yang dibina sekitar tahun 1920-an merupakan nadi pengangkutan darat yang utama kepada rakyat untuk melakukan urusan harian menggunakan jalan tersebut dari Kuala Krai ke Kota Bharu.

Meskipun perkhidmatannya ditamatkan pada tahun 1986 kerana jambatan baharu dibina bersebelahannya, tetapi jambatan yang turut dikenali Gertak Gantung Sungai Nal oleh masyarakat setempat masih lagi gah berdiri sebagai mercu tanda warisan kebanggaan rakyat di Kelantan.

Namun, selepas lebih 100 tahun jambatan itu menjadi lambang ikonik reka bentuk seni bina Eropah semasa penjajahan British di negara ini, ia mungkin tidak bertahan lama kerana dikhuatiri akan runtuh bila-bila masa sahaja jika tidak diselamatkan segera.

Tinjauan di jambatan sepanjang 21 Meter dan lebar sembilan Meter itu mendapati terdapat beberapa kesan retakan pada struktur binaan dan berlaku hakisan tanah berhampiran jambatan yang merentangi Sungai Nal itu.
Artikel Berkaitan: