Yadim puji Hannah Yeoh berselendang di Australia

Hannah Yeoh (tiga dari kiri) yang memakai selendang semasa bermesyuarat di Universiti Monash, sempena lawatan delegasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Melbourne, Australia pada Isnin lalu.
Hannah Yeoh (tiga dari kiri) yang memakai selendang semasa bermesyuarat di Universiti Monash, sempena lawatan delegasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Melbourne, Australia pada Isnin lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Pakaian bukan simbol keagamaan tetapi melambangkan kesopanan, tertib serta hormat terhadap sesuatu majlis yang menjadi cerminan keperibadian rakyat Malaysia

Menurut Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, tindakan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh perlu dipuji apabila mengenakan selendang sempena lawatan delegasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Melbourne, Australia Isnin lalu.

Hasanuddin Mohd Yunus
Hasanuddin Mohd Yunus

Jelasnya, Hannah Yeoh memakai selendang untuk menghormati rakan-rakan Muslimnya kerana delegasi tersebut terlebih dahulu melawat sebuah sekolah Islam, Kolej Al-Taqwa sebelum bergerak ke Universiti Monash untuk mesyuarat seterusnya.

“Ini sesuatu yang perlu dicontohi memandangkan ia adalah satu bentuk toleransi tanpa membelakangkan fahaman dan kepercayaan agama masing-masing," kata Hasanuddin dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, Yadim sehubungan itu mengajak masyarakat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama agar berfikiran lebih terbuka dan menjauhi prasangka dalam memberi komen terhadap insiden ini.

Dalam konteks lebih luas di masa depan, ujarnya, Yadim turut menyokong agar pakaian yang bercirikan kesopanan dapat diangkat menjadi kod etika berpakaian.

"Kerajaan sebelum ini telah membuat pembaharuan dengan membenarkan penggunaan kemeja lelaki tanpa tali leher sebagai sebahagian daripada pakaian rasmi," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, ujarnya lagi, Yadim turut menggesa pemakaian sopan di khalayak ramai menjadi amalan bersama dan bukan sahaja dalam kalangan umat Islam, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28