[VIDEO] Video Iran tembak pesawat Ukraine tular

Tangkapan layar video yang memaparkan peluru berpandu telah melintasi langit Tehran pada malam kejadian pesawat Ukraine meletup dan terhempas.
Tangkapan layar video yang memaparkan peluru berpandu telah melintasi langit Tehran pada malam kejadian pesawat Ukraine meletup dan terhempas.
A
A
A

TEHERAN – Video peluru berpandu melintasi langit Teheran pada malam kejadian pesawat Ukraine meletup dan terhempas kini tular di media sosial.

Pesawat PS752 Ukraine International Airlines itu terhempas beberapa jam selepas Iran menyasarkan pangkalan tentera Amerika Syarikat di Iraq menyebabkan pakar menimbulkan andaian ia mungkin tertembak jatuh secara tidak sengaja.

Berdasarkan sumber dilaporkan The Sun, selepas pesawat tersebut dilaporkan terhempas, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyifatkan seseorang sedang melakukan kesalahan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mendakwa hasil siasatan perisikan, kejadian tersebut berlaku berpunca daripada roket Iran yang telah dilancarkan dari darat.

Analisis rakaman video menunjukkan letupan berlaku pada jam 6.15 pagi itu dikesan berada di lokasi terakhir pesawat tersebut di ruang udara Parand, barat daya Teheran, Selasa lalu.

Menerusi video berkenaan, kelihatan objek bercahaya di langit dipercayai misil Iran sebelum dipercayai dilanggar objek lain di udara menyebabkan ledakan yang dipercayai pesawat Ukraine tersebut.

Insiden berjaya dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah rumah penduduk itu juga memaparkan satu letupan besar telah berlaku di atas tanah.

Dalam pada itu, menurut sumber, data radar menunjukkan dua misil buatan Rusia jenis SA-15 baru sahaja dilancarkan selepas pesawat Ukraine terputus hubungan.

Artikel Berkaitan:

Tragedi udara itu berlaku beberapa jam selepas Teheran dilaporkan menembak sekurang-kurangnya 15 peluru balistik ke dua pangkalan Amerika Syarikat di Iraq.

Sementara itu, terdapat seorang saksi yang tinggal berhampiran kawasan tersebut mendakwa terdengar bunyi bising yang kuat di pangkalan tentera Parandak ketika berlaku tragedi.

“Saya tinggal di Parand dan 2 ke 3 minit sebelum pesawat jatuh, dua bunyi yang amat bising mampu didengari di markas Parandak,” tulis seorang pengguna Twitter melalui The Sun.