Mydin terbakar: Bomba diarah keluar selepas berlaku runtuhan

Struktur bumbung dan dinding kanan Pasar Raya Besar Mydin telah runtuh dalam kebakaran pada Ahad.
Struktur bumbung dan dinding kanan Pasar Raya Besar Mydin telah runtuh dalam kebakaran pada Ahad.
A
A
A

IPOH - Sepasukan 15 anggota yang melakukan operasi pemadaman di bahagian dalam Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi di sini diarah keluar selepas berlaku runtuhan pada dinding bangunan tersebut pada Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, ketika kejadian anggota yang dilengkapi dengan peralatan perlindungan diri (PPE) dan alat pernafasan berada di tingkat satu bahagian kiri bangunan.

Sayani
Sayani

"Setelah melakukan penilaian risiko, pasukan masuk dari pintu belakang memulakan operasi pemadaman secara 'offensive'. Kira-kira 20 minit kemudian terdengar runtuhan berlaku di bahagian kanan.

"Runtuhan itu melibatkan dinding dengan api mula marak. Pasukan yang berada di dalam bangunan telah diarahkan keluar demi keselamatan mereka," katanya kepada pemberita di sini.

Pasukan penyelamat membuat pemadaman di bahagian kanan bangunan Pasar Raya Besar Mydin yang runtuh dalam kebakaran di Manjoi.
Pasukan penyelamat membuat pemadaman di bahagian kanan bangunan Pasar Raya Besar Mydin yang runtuh dalam kebakaran di Manjoi.

Menurut beliau, pelbagai strategi pemadaman telah disusun berikutan struktur bangunan mula rapuh dan tidak selamat dimasuki.

"Kaedah pemadaman secara 'defensive' dilakukan dengan menggunakan Ariel Ladder Platform (ALP) bermula dari bumbung yang menempatkan panel solar.

Artikel Berkaitan:

"Struktur bumbung bangunan telah runtuh dan api merebak ke tingkat satu. Api yang marak dengan cepat berjaya dikawal sepenuhnya oleh pasukan bomba," katanya.

Kebakaran yang berlaku di Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi pada Ahad.
Kebakaran yang berlaku di Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi pada Ahad.

Sayani berkata, sisa runtuhan yang bertaburan di Jalan Pasar di sini, disahkan tidak mengenai rumah penduduk dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

"Pemadaman kebakaran masih diteruskan apabila struktur dinding di bahagian kiri bangunan mula retak dan berisiko untuk berlaku runtuhan.

"Operasi dijangka mengambil masa lama berikutan api masih marak di kawasan bangunan dianggarkan seluas 10,000 kaki persegi dengan memfokuskan kedua-dua bahagian," katanya.

Pasukan bomba menggunakan kaedah 'defensive' iaitu memadam kebakaran dari luar premis selepas mendapati struktur premis tidak selamat dan berisiko berlaku runtuhan.
Pasukan bomba menggunakan kaedah 'defensive' iaitu memadam kebakaran dari luar premis selepas mendapati struktur premis tidak selamat dan berisiko berlaku runtuhan.

Beliau turut menasihatkan penduduk berhampiran agar tidak menghampiri lokasi kejadian berikutan kawasan persekitaran adalah tidak selamat.

Operasi bermula jam 7.09 malam itu melibatkan 123 pegawai dan anggota daripada bomba, polis, Jabatan Sukarelawan (Rela), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Lembaga Air Perak dan Tenaga Nasional Berhad.

Pemadaman melibatkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya, Ipoh, Simpang Pulai, Pasir Puteh serta dibantu Pasukan Bomba Sukarela Pekan Baru, Bercham, Chemor dan Pusing.

@sinarharianonline Sebuah pasar raya terbakar di Manjoi, Ipoh malam ini dan anggota bomba sedang giat memadamkan kebakaran yang semakin marak. Punca kejadian masih belum dikenal pasti. #SinarHarian#SinarTerkini#kebakaran#pasarraya#ipoh#bomba#viral original sound - Sinar Harian